Kambing: Penawar Dari Syurga.....
Sangat menarik rencana laporan khas majalah Al-Islam keluaran terbaru
ini. Terapi Kambing. Menyentuh tentang keseluruhan aspek dan sejarah
ringkas tentang kambing di zaman Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan
ulasan saintifik tentang keberkatan daging kambing & susu kambing.
Dan ulasan ketidakrasionalan taboo tentang kambing dalam masyarakat
Melayu. Dapatkan segera di pasaran.
Walaupun begitu, rencana khas ini sepatutnya dikeluarkan 5 tahun lepas.
Bukan hari ini. Kerana hari ini, penternakan kambing bukan lagi fenomena
di negara kita. Ramai rakan-rakan saya telah tutup kandang. Malah
otai-otai penternakan kambing juga telah tutup kandang. Dulu, nama-nama
yang hebat dalam ternakan ini telah diam membisu. Di MAHA tidak lagi
meriah dengan penternak-penternak kambing. Bnayak halangan dan cabaran
dalam penternakan ini. Tidak dinafikan. Terlalu banyak kos yang perlu
ditanggung. Sedangkan pulangan hanya tokey kambing je yang tahu :)
Namun, usaha Utusan Karya ini harus dihargai. Lebih baik ada dari tiada.
Tahniah Al-Islam. Sekurang-kurangnya menambahkan pengetahuan dan
mengembalikan minat dan nostalgia kawan-kawan perkambingan saya. Dan
yang paliang penting. Rakyat Malaysia harus makan kambing dan minum susu
kambing dengan banyak! hahaha... sekian.
(Apa khabar En. Daud & Zali? Saya doakan hidup tuan-tuan diberkati Allah. Amenn..)
No comments:
Post a Comment